Minggu, 28 November 2010

Grafiti untuk pemula

Graffiti untuk pemula – Kalau ianya bukan karya seni maka Firaun adalah pecinta vandalisma.


Terserah atas kefahaman sendiri. Katakanlah ianya bukan karya seni dan semua para arkeologi hanya mensia-siakan diri membongkar misteri lakaran seekor seladang pada dinding gua zaman prasejarah Lascaux kerana ia adalah vandalisma.

Pendaki gunung Everest yang suka memacak bendera itu juga suka menconteng nama mereka pada batu-batan . Mereka semua pengamal ajaran vandalisma bukan?

Begitu juga tamadun Mesir purba yang hampir semua monumen besarnya telah dihiasi dengan graffiti hanya kerana kepala pemerintahnya adalah si firaun yang vandalisma itu.

Aku suka melihat graffiti pada dinding mall. Sejenis ekspresi moden untuk menyamatarafkan permandangan lokal dengan bandaraya-bandaraya besar di dunia.

Aku juga pernah mencuba nasib menghasilkan graffiti sendiri tapi keputusannya tak sama dengan karya dari seseorang yang dah berkecimpung dalam bidang ini 10 tahun lebih awal.

Sebagai seorang pecinta teknologi dan kekasih mesin gelinciran Google, aku telah berjaya menemukan laman web Graffiti For Beginner.

Rasanya aku harus memulakannya sekali lagi setelah menghafal teknik-teknik melukis graffiti dengan betul. 


GRAFFITI UNTUK PEMULA
  1. Langkah pertama dan paling penting adalah  mencari borang keahlian dan memasuki kumpulan gelap graffiti  setempat yang sudah berpengalaman. ini penting untuk tahu selok-belok dunia contengan. Sentiasa ingatkan diri , semua orang adalah penipu. Walaupun berjaya dapat informasi dari mereka jangan percaya membabi buta.
  2. Sedar akan keadaan diri kamu . Seorang yang BODOH tapi mahu DIKENALI melalui kesenian graffiti. Belajar menjadi cerdik dengan memilih tempat yang betul. Jangan menconteng rumah-rumah ibadat, dinding rumah jiran dan rumah orang awam. kamu cuma membuatkan kamu dibenci masyarakat. Jangan gunakan nama orang lain dan sekiranya kamu betul-betul bodoh , baik kamu menconteng di atas batu nisan di atas kubur. Supaya karya kamu boleh dikongsi dengan mayat-mayat yang reput.
  3. Graffiti adalah sejenis bahasa yang diabaikan. Sekiranya gaya tulisan kamu ditiru janganlah berdendam. Kamu perlu bangga kerana bahasa kamu mendapat perhatian. Bukankah itu yang kamu mahukan? PERHATIAN !!! Kamu dah hampir terkenal.
  4. Semakin kamu hampir menjadi tersanjung, karya-karya kamu akan mendapat perhatian  yang lebih terutama dari pihak berkuasa. kamu perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Persiapkan diri kamu. Jangan pecah rahsia mengenai artis graffiti yang lain. Biar pecah di perut jagan putus kawan.


Yup ! tips-tips yang tak banyak membantu sebenarnya. Terutama untuk pengkarya graffiti kampungan macam aku. Tak ada persatuan semacam itu di sini. Kecuali tips nombor 2 yang aku anggap positif. JANGAN JADI BODOH .

Mulakan langkah dengan kerja yang senang. Contoh terbaik  ’TAGGING’ . Iaitu tandatangan kamu . Bagus untuk menimba pengalaman.

Kamu pasti benci akan diri kamu bila hasil karya kamu dikritik orang yang lalu lalang sebagai gambar paling hodoh pernah dilihat mereka sepanjang hayat.

Berlatih sehingga sempurna. Semua pengkarya graffiti terkenal datang dari latihan dan kerja rumah. Semuanya haru berekspresi dari lakar percubaan di kertas lukisan. 


Perlu banyak perbaiki kesilapan. Kamu akan nampak bodoh setiap kali tampil dengan idea sendiri. Belajar dari karya-karya hebat . Terus belajar.



Untuk mentransportasikan lukisan kertas ke dinding juga sesuatu yang sukar. Jangan mengharapkan hasil cemerlang dalam percubaan pertama. kamu tahu perbezaan kamu dengan hasil pengkarya yang berada dalam bidang ini 20 tahun. Terus berlatih dan belajar. 20 tahun lagi mungkin giliran karya kamu diagungkan tapi bukan sekarang. Kamu perlu memanjat dari bawah. 



Okay ! memang masih banyak untuk dipelajari.

muncung cat aerosol juga memainkan peranan penting. Tapi tak guna aku catitkan disini kerana jenama di amerika tak sama dengan lambakan tin-tin cat aerosol tak bermutu diimport dari China dalam pasaran tempatan. Terutama kawasan luar bandar, Uh!!

Bereksperimental dengan warna juga penting. Sama macam belajar ton warna di sekolah. Juga aku tak catitkan. Kerana benda-benda semacam itu subjektif kepada individu. Benda macam ton warna tu kena belajar sendiri. Hasil penghayatan mendalam kepada spektrum warna.

Tak apalah ton warna akan berkembang sendiri kalau giat berlatih, tapi rupa bentuk font sebenarnya lagi penting. Tak guna kalau warna yang penuh gemilang kalau font-font tulisan kamu rupa bentuknya seperti ubi keledek.

Sekiranya kamu berasa ilmu penuh di dada dan masanya telah tiba untuk mencuba. Marilah kita bermula sekarang.

Ayuh semua contenglah sekitar bumi kita.

Jangan jadikan budaya jalanan kita kolot di mata penduduk negara maju hanya kerana bandar kita kelihatan tandus tanpa graffiti.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar